Jo Jorgensen
Jo Jorgensen

Jo Jorgensen

Jo Jorgensen[1][2][3] (lahir Joanne Marie Jorgensen; 1 Mei 1957)[4] ialah seorang aktivis politik dan ahli akademik libertarian Amerika Syarikat. Jorgensen juga adalah calon Parti Libertarian untuk Presiden Amerika Syarikat pada pilihan raya 2020, di mana beliau menduduki tempat ketiga dalam undi popular dengan kira-kira 1.8 juta undi, 1.2% daripada jumlah keseluruhan negara. Beliau sebelumnya merupakan calon parti untuk Naib Presiden pada pilihan raya Presiden 1996, sebagai calon pasangan Harry Browne. Beliau adalah pensyarah psikologi sepenuh masa di Universiti Clemson.Jo menyifatkan tindak balas pemerintah AS terhadap pandemik COVID-19 sebagai sesuatu yang terlalu bersifat birokratik dan autoritarian, dan memanggil penyekatan kelakuan individu dan penyelematan kewangan syarikat terpilih sebagai "ancaman terbesar terhadap kebebasan sejagat dalam zaman ini"..[5] Jo sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak perempuan dan 1 cucu lelaki.